Saturday 30 March 2013

Teluk Senangin

My friend tanye saya... Cantik tak Pantai Teluk Senangin... Sebab kawan-kawan dia ada bercerita best pergi pantai ni. Memandangkan teluk senangin ni berada dalam daerah Manjung dan manjung adalah my hubby's hometown, diorang ingat saya dah berjalan-jalan ke Pantai Teluk Senangin ni.

Tapi disebabkan saya sendiri belum pernah sampai ke Pantai Teluk Senangin, minggu lepas saya ajak en. suami meronda ke sana. Almaklum kalau orang yang duduk tepi laut ni tak heran pon nak pergi pantai main-main air... Orang macam saya ni je yang meleleh air liur tengok laut!! Hahaha

Pantai Teluk Senangin terletak lebih kurang 90km dari bandar Ipoh (1 jam setengah perjalanan ikut lebuhraya Ipoh-Lumut), 210km dari Kuala Lumpur (3 jam 20 minit perjalanan ikut lebuhraya pantai barat), 20km dari Pekan Sitiawan dan Seri Manjong.

Hendak ke Pantai Teluk Senangin dari rumah saya di sempadan Sungai Buloh - Kuala Selangor hanya 192km dan mengambil masa selama 3 jam perjalanan menaiki kereta. Kami selalu ikut Route 1 - Lebuh Raya Pantai Barat untuk balik kampung en.suami. Perjalanan akan menempuhi bandar Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan - Sungai Besar - Sabak Bernam - Hutan Melintang - Sri Manjung kemudian baru ke Jalan Teluk Senangin. Kelebihan ikut jalan ini ialah :
1- permandangan suasana kampung dan bendang sepanjang perjalanan
2- kalau lapar, boleh sahaja singgah di mana2 kedai makan dan restoran yang ada di tepi-tepi jalan atau kalau nak makan fast food boleh cari di bandar.
3- stesen minyak ada banyak kalau nak singgah mengisi petrol atau nak ke toilet
4- masjid-masjid besar berada di tepi jalan mudah dilawati dan singgah untuk bersolat.
5- gerai buah-buahan dan mentarang
6- banyak tempat lain untuk dilawati dan disinggahi sepanjang perjalanan.. Lagi-lagi kalau buat rombongan che kiah... Confirm seronok!! Next entry saya akan kabo tempat2 yang best sepanjang Sungai Buloh - Seri Manjung okay!
7- toll FREE

Pantai Teluk Senangin ini masih belum tercemar. Pantainya tak la berapa luas. Tapi keadaan pantai adalah sangat bersih. Kalau nak tidur boleh la sewa ada beberapa chalet2 yang diuruskan oleh penduduk kampung. Berikut adalah antara chalet dan kontek no. untuk dihubungi :

Teluk Senangin Chalet
012 312 7708
019 541 1619

Kamila Motel
019 307 7030
019 229 3171

Tuan Hj Kamal Zaman
017 588 7891
012 528 7825

Mesra Chalet Teluk Senangin
012 9198 447
016 558 9764

De Idaman Chalet
012 433 7576
05 677 1150

Pak Ya Chalet & Mini Camp
017 533 7051
013 432 7862

Jangan tanya saya mana chalet yang best sebab saya menginap di hotel 5 bintang iaitu rumah mertua saya je!!! Hihihi

Kalau nak lebih selesa dan penginapan berbintang-bintang boleh menginap di hotel berdekatan seperti Swiss Garden Resort atau Damai Laut Golf & Country Club

Perbagai aktiviti boleh dijalankan di Pantai Teluk Senangin ni. Anda boleh berenang, main pasir, memancing, kutip remis dan kepah, ber barbeque, naik banana boat pon boleh. Difahamkan pantai teluk senangin ni ada kawasan yang landai dan ada yang curam. Jadi sebelum benarkan anak-anak bermain air, anda dinasihatkan untuk memastikan kawasan mana yang selamat untuk anak kecil anda.

Kalau lupa nak bawa baju mandi boleh beli kat gerai-gerai jualan tu. Nak beli swim suit pon bole la singgah AEON Seri Manjong... AEON terbesar di Perak or korang singgah Giant or Tesco pon ada jual swimsuit. Jadi tak payah risau tentang terlupa bawa baju mandi hokay!!

Oh ye just to remind kat daerah Manjong ni korang jangan rasa rimas pula kalau korang di harungi oleh lalat yang banyak. Kat area Manjong ni memang banyak lalat walau pon korang menginap kat hotel berbintang-bintang tu. So harap maklum.

Ok dah kot info Pantai Teluk Senangin... Supaya hilang stress bila dapat tengok laut... ;)

--------------------
Breakfast :
1- nasi dagang
2- teh ais

Lunch :
1- chicken mushroom sizling
2- lemon ice

Dinner :
1- potato chip

H2O : 1L
Aktiviti kardio : -













Thursday 28 March 2013

Bandung, Indonesia - Pre

Ada rasa-rasa stress kat tempat kerja? apa lagi jom set plan berjalan-jalan. tak elok tau kalau stress ni. nanti hubungan sesama insan pon tak best, hormon dalam badan pon tak best. alahai... perempuan kan? nak jd perempuan ni stress-stress ni kena letak ke tepi. hahha....

Kami plan girls trip to Bandung hujung bulan 4 ni. Tinggallah anak tinggallah cik abang sayang... Dinda berlima nak keluar belibur. Libur bukan sebarang libur... Libur ni untuk mensyopping raya untuk seisi keluarga.

Air tix dah beli.. Of course Air Asia menjadi pilihan kami yang poket tak berapa nak kembung ni.. Cost untuk return air tix ni untuk seorang adalah RM 508.00. Ni bukan ticket promo! We all last minute decide nak ke Bandung ni. Jadi harus redha sahaja berapa ongkosnya. Cuma berharap dapat menjimat kat hotel and supir.

Hotel pon dah book tru hotel website... Hotel pon dah rasa murah la tu.. Untuk 5 orang, 4 malam penginapan di Hotel Pop, Bandung Festivalcity cost hanya RP 2,144,000 sahaja. Kiranya kos untuk seorang adalah RM 34.20 sahaja semalam !!! Oklah kan?

Cuma pak supirnya sahaja tak decide lagi nak ambik siapa.. Ada few contact pak supir... Tapi tah kenapa hati masih belum buat keputusan.

Ok agak- agak tak sabar ye nak berjalan ni. Menghitung hari saban waktu. Semoga saat bahagia itu kunjung tiba jua... Yang penting... Sabar ;)

Bandung!!! Wait for us!!! And korang... Jangan lupa untuk checkidout blog gedempol ni untuk dapatkan berita selanjutnya. Insya Allah saya akan update whatever info pasal trip Bandung ni... =))

-----------------
Breakfast:
1- air susu coklat dutchlady 500ml

Lunch:

Dinner:
1- rice cracker 2 packet
2- potato chip 60gm
3- nasi putih + ikan tenggiri + sayur pak choi

H2O: 1L
Aktiviti:

Wednesday 27 March 2013

Jom Kurus

Saya target by April 2014 saya akan dapat mengurangkan berat badan saya daripada 90kg kepada berat badan ideal iaitu 60kg! Adakah ia sesuatu yang mustahil? Hanya usaha dan kegigihan saya melawan kelaparan dan hawa nafsu terhadap makanan dan melawan kemalasan yang bersarang dalam diri sahaja yang dapat menjawapnya... Huhuhu nampak macam complecated je kan? Kan?!



Macam mana nak kurus?

1- Saya akan cuba untuk membakar kalori sebanyak mungkin dengan workout 1 jam selepas subuh dan 1 jam pada waktu petang setelah pulang dari office.

2- Kawal pengambilan makanan berlemak dan bergoreng

3- Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

4- Catit aktiviti dan makanan yang diambil setiap hari

5- Tidur yang cukup untuk dapatkan tubuh yang sihat dan segar

------------------------

Breakfast :
1- mi sanggul 2/3
2- keropok lekor terengganu 1 btg
3- herbalife teamix 600ml

Lunch :
1- nasi ayam goreng
2- air limau 0 panas 250ml

Dinner :
1- nasi kosong + sup daging + kailan ikan masin
2- air limau 0 panas 250ml

H2O : 2L
Aktiviti : tiada aktiviti kardio

Tuesday 26 March 2013

Saya Si Gedempol

Hi all,

Salam perkenalan untuk semua...

Oh ye saya si gedempol... kali ini saya tak akan malu mengaku yang saya wanita gedempol yang berusaha untuk menjadi wanita sihat dan cantik dari segala serbi. Mari berkenalan, saya seorang pengurus binaan, berusia 33 tahun, sudah bersuami, masih tidak dikurniakan zuriat, berat 90kg dengan ketinggian 166cm.

Dengan BMI 32.66 saya memang gedempol. Tapi masih menyimpan cita-cita untuk menguruskan diri supaya saya kekal sihat, bertenaga dan bila dah sihat pastinya kecantikan diri akan terserlah semula jadi. Itu harapan dan cita-cita saya buat masa ini.

Saya nak berubah. Berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik... mungkin tidak sempurna tetapi seakan-akan sempurna. Sesuatu yang sempurna biasanya adalah sesuatu yang sihat dan cantik sama ada dipandang dari mata kasar atau pun secara halus, fizikal ataupon mental.

Bukan mudah untuk berubah. Banyak cabaran dan halangannya. Saya akan terus cuba dan berusaha. Maka di sini saya akan cuba merekodkan sesuatu yang mempunyai kebaikan untuk dikongsi bersama dari kaca mata saya.

Doakan supaya blog ni dapat memberi kebaikan kepada semua yang membaca. Insya Allah.