Tuesday 22 April 2014

Jalan TAR - Genji Busker

Aku... tak pandai nak cerita sangat. Tapi apa yang aku tahu....

Sabtu petang adalah waktu yang paling best kalau nak menjengah Jalan Tun Abdul Rahman yang also known as Jalan TAR. 

Kenapa best pergi hari Sabtu petang?
1. Pasar Malam Jalan TAR - berlokasi di intermediate road belakang Jalan TAR. So kalau nak best, start dari bangunan Chambel tu... menyusur sampai la ke Jalan Masjid India pasar ni melarat-larat. Memang best gila. Ada makanan, pakaian, aksesori dan macam-macam la boleh jumpa. Sambil makan boleh shopping gitu.

2. SOGO Sales - semua orang tahu kot SOGO sales macam mana gempak.. Berasak-asak orang dari seantaroe Malaysia datang shopping. Aku rasa kalau nak shopping baju lelaki, handbang kulit meme ni la tempatnya. Murah gitu.

3. Genji Busker - Life performance dari brader Mustam Mustapa and the gang yang famous di KL. Hehhe dorang akan perform dekat depan SOGO ataupun dekat Jalan Bukit Bintang. Peminat Genji Busker pon memang ramai. Memang best la melayan. Dorang ni pon dah banyak kali di jemput untuk mengadakan life performance di station2 tv dan acara-acara majils.


Korang boleh surf kat youtube Genji Busker or Mustam Mustapa ni kalau nak tengok video performance dorang. 

Mustam Mustapa sedang perform

Macam-macam gelagat orang boleh jumpa juga. Picture atas ni rakam pakcik yang beraksi seolah2 dia yang goreng guitar tu.

Yang ni pulak brader jual belon ni... akan lalu dua tiga kali depan Mustam.. Paling best sat gi ada pulak brader tiup belon lalu.. macam-macam effect la pula kan!


By the way banyak lagi la benda menarik kalau aku nak buat kat Jalan TAR. Tapi memandangkan Sabtu lepas, kitorang just pergi tengok Genji Busker je tak banyak nak story dan tak banyak picture nak show off. 

Kalau pergi aku akan park kereta sama ada di Maju Junction, Medan MARA or SOGO, ikut keadaan semasa. So Sabtu lepas aku pergi sana park kat Medan MARA yang new building. Jangan terkejut pulak.. bawah basement new building ni ada double carpark. Biasa la untuk menambah kapasiti tempat parking kat KL. Tapi weekend tak fungsi la double carpark ni.



Ok jumpa lagi


Tenggiri Fishball With Vegetable Soup



Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
4 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah dipotong dadu
1 ikat sayur pak choy
4 biji cili padi
3 sudu bawang goreng
2 sudu minyak untuk menumis
1 sudu garam
3 cawan air
Sedikit lada hitam


Cara-cara:

1- Fishball: Ikan tenggiri dibuang tulang dan kulit, kemudian dicincang hingga lumat. Cincang halus 2 ulas bawang putih. Gaul bawang putih dan lada hitam bersama-sama ikan tenggiri yang telah dicincang lumat. Bulat-bulatkan dan letak ditepi.

2- Sup: Panaskan minyak. Tumis 2 ulas bawang putih yang telah dihiris halus sehingga keperangan. Masukkan 3 cawan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan fishball yang telah dibulat-bulatkan tadi. Bila fishball sudah terapung dan bertukar warna, masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu. Masukkan sayur pak choy dan cili padi. Tunggu 1 minit kemudian masukkan bawang goreng. Tutup api.

Berikut adalah fakta nutrisi bagi resepi di atas:-