Monday 15 July 2013

Puding Jagung Kastad Pilihan Cik Abang

BaAkhir-akhir ni cik abang saya suka google resepi dan akan bagi saya untuk di cuba.   Dua minggu sebelum puasa hari tu dia google resepi kek chiffon. Dia suruh saya buat tapi isteri dia yang malas ni buat kelas hands-on untuk dia kekonon nanti kalau saya tak ada atau sibuk, cik abang boleh buat kek chiffon dia sendiri. Hahha...

Ok hari ni balik dari tempat kerja, cik abang dah googlekan resepi puding jagung kastad. Dia memang feminat puding jagung pon... Kalau pergi pasar malam memang dia akan beli puding. Kali ni Tak tahu dia google dari mana sebab biasa la lelaki dan tak ada blog pon, so mana dia tahu nak bagi kredit pon kat blogger resepi yang dia ambik tu. 

Cik abang dah siap2 bacakan resepi.. Mula-mula saya malas nak layankan. Tapi kesian sebab tengok muka dia yang excited bacakan resepi yang dia pilih tu. Dia cakap dalam banyak-banyak resepi puding jagung kastad, dia pilih resepi ni sebab blogger tu cakap dia dah try banyak resepi puding jagung kastad tapi resepi nilah yang terbaik. Ok! Ok! Jom semak resepi....

Puding Jagung Kastad
 

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad 
1 tin krim jagung
3 cawan air
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu butter

Cara-cara:
1- Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali butter. Kacau rata dan letak periuk atas api sederhana. Sentiasa kacau sampai adunan jadi pekat, likat dan berkilat.

2- Bila dah berkilat, masukkan 1 sudu butter. Kacau sampai butter sebati. Tutup api dan masukkan adunan kastad dalam loyang atau acuan. Saya guna loyang. Sejukkan kemudian bila dah sejuk, masukkan loyang dalam peti ais.

Ok! Bole la try... Sedap...

Oh ye ni resepi untuk melayan selera cik abang.. Untuk siapa yang sedang berdietacam saya sila-sila lah jangan tiru! Huhuhuhu...

Sunday 14 July 2013

Baked Oreo Cheese Cake - Cara Saya

Hi all.. 

Hari ni masuk hari ke 5 kita berpuasa untuk Ramadhan tahun ini. Untuk Iftar saya petang nanti saya buat Baked Oreo Cheese Cake cara saya...

Resepi~~ 
Base
- Sepeket oreo
- 4 sudu besar butter
- 1/2 cawan quaker oat segera

Oreo di buang cream dan blend. Cairkan butter. Masukkan oreo yang sudah hancur (tinggalkan 2-3 sudu besar untuk hiasa kek) dan quaker oat segera ke dalam mangkuk yang berisi butter cair. Adun sebati kemudian tekan padat ke dalam loyang berukuran 6 inci diameter.
Masukkan ke dalam peti ais

Cake
- 250gm cream cheese
- 1/3 cawan gula castor
- 1/3 cawan yoguart asli
- 2 biji telur gred B
- 1 sudu besar essen vanilla


Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Pukul cream cheese dan gula sampai lembut. Tambahkan yoguart pukul sebati.  Masukkan telur dan pukul satu demi satu. Tambah esen vanilla dan kacau rata. 
Masukkan aduanan kek ke dalam loyang based tadi. Hiaskan atas kek dengan oreo hancur tadi. Bakar dalam oven dengan cara waterbath.


Sunday 7 July 2013

Yes! I have lost 5kg!!!

Hi all,
Ingat my previous entry? Saya nak mencari diri saya yang kurus. Saya buat atkins diet. Induction for 14 days then I've lost 5kg

Atkins ada 4 phase. Anda boleh google pasal atkins diet ni. Secara umumnya atkins diet adalah diet tinggi protein dan rendah carbohidrat. Untuk saya yg gemuk dan perlu kurangkan banyak kg ni saya hanya perlu fikir utk 1st phase je. Iaitu fasa induksi. Dalam tempoh induksi ini saya hanya membenarkan pengambilan 20g carbo dalam makanan seharian. 

Basically Sepanjang induksi saya hanya makan:-
1- ayam/ikan/daging/telur
2- sayuran hijau
3- air suam 1L untuk setiap 25kg berat badan 

Gambar sebelum ni 90kg

Gambar semasa =) 85kg

Nampak tak beza? Tak nampak sangat kan?? Ye lah saya baru hilang 1.81 BMI saya... Atau 5% berat badan saya!
Mungkin tak nampak sangat. Tapi bulan puasa ni saya nak buat sungguh-sungguh.

Kalau tengok my previous entry nampak tak berat saya just turun 1kg je..dr last month. Tp mmg byk beza in inchi lost. Jeans yang sendat da bole muat. Baju kebaya nyonya pon da bole pakai n kancing dengan cantik. Baju lama pon dah byk bole pakai. So saya tak nak runsing-runsing kalau berat saya statik janji ada perubahan. Dari segi kesihatan pulak. Rasa sangat badan dah ringan. Hormon stabil. Period makin regular.... Hmm hanji happy.

Ok wish me luck