Tuesday 22 April 2014

Jalan TAR - Genji Busker

Aku... tak pandai nak cerita sangat. Tapi apa yang aku tahu....

Sabtu petang adalah waktu yang paling best kalau nak menjengah Jalan Tun Abdul Rahman yang also known as Jalan TAR. 

Kenapa best pergi hari Sabtu petang?
1. Pasar Malam Jalan TAR - berlokasi di intermediate road belakang Jalan TAR. So kalau nak best, start dari bangunan Chambel tu... menyusur sampai la ke Jalan Masjid India pasar ni melarat-larat. Memang best gila. Ada makanan, pakaian, aksesori dan macam-macam la boleh jumpa. Sambil makan boleh shopping gitu.

2. SOGO Sales - semua orang tahu kot SOGO sales macam mana gempak.. Berasak-asak orang dari seantaroe Malaysia datang shopping. Aku rasa kalau nak shopping baju lelaki, handbang kulit meme ni la tempatnya. Murah gitu.

3. Genji Busker - Life performance dari brader Mustam Mustapa and the gang yang famous di KL. Hehhe dorang akan perform dekat depan SOGO ataupun dekat Jalan Bukit Bintang. Peminat Genji Busker pon memang ramai. Memang best la melayan. Dorang ni pon dah banyak kali di jemput untuk mengadakan life performance di station2 tv dan acara-acara majils.


Korang boleh surf kat youtube Genji Busker or Mustam Mustapa ni kalau nak tengok video performance dorang. 

Mustam Mustapa sedang perform

Macam-macam gelagat orang boleh jumpa juga. Picture atas ni rakam pakcik yang beraksi seolah2 dia yang goreng guitar tu.

Yang ni pulak brader jual belon ni... akan lalu dua tiga kali depan Mustam.. Paling best sat gi ada pulak brader tiup belon lalu.. macam-macam effect la pula kan!


By the way banyak lagi la benda menarik kalau aku nak buat kat Jalan TAR. Tapi memandangkan Sabtu lepas, kitorang just pergi tengok Genji Busker je tak banyak nak story dan tak banyak picture nak show off. 

Kalau pergi aku akan park kereta sama ada di Maju Junction, Medan MARA or SOGO, ikut keadaan semasa. So Sabtu lepas aku pergi sana park kat Medan MARA yang new building. Jangan terkejut pulak.. bawah basement new building ni ada double carpark. Biasa la untuk menambah kapasiti tempat parking kat KL. Tapi weekend tak fungsi la double carpark ni.



Ok jumpa lagi


Tenggiri Fishball With Vegetable Soup



Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
4 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah dipotong dadu
1 ikat sayur pak choy
4 biji cili padi
3 sudu bawang goreng
2 sudu minyak untuk menumis
1 sudu garam
3 cawan air
Sedikit lada hitam


Cara-cara:

1- Fishball: Ikan tenggiri dibuang tulang dan kulit, kemudian dicincang hingga lumat. Cincang halus 2 ulas bawang putih. Gaul bawang putih dan lada hitam bersama-sama ikan tenggiri yang telah dicincang lumat. Bulat-bulatkan dan letak ditepi.

2- Sup: Panaskan minyak. Tumis 2 ulas bawang putih yang telah dihiris halus sehingga keperangan. Masukkan 3 cawan air. Tunggu sampai air mendidih. Masukkan fishball yang telah dibulat-bulatkan tadi. Bila fishball sudah terapung dan bertukar warna, masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu. Masukkan sayur pak choy dan cili padi. Tunggu 1 minit kemudian masukkan bawang goreng. Tutup api.

Berikut adalah fakta nutrisi bagi resepi di atas:-






Monday 24 March 2014

Travel

Dah travel...
tak reti2 nak catat dalam blog?
babap kang...

travel is addictive...
Macam dadah ok... Once you start.. it is difficult to stop...
lepas settle satu trip... balik boleh google trip baru...
adoi apa nak jadi dengan aku ni???

Ok nanti update later... trip2 yang dah settle tp belum update
May 2013 - Bandung
November 2013 - Melaka
December 2013 - Guangzhou
March 2014 - Pulau Mabul
March 2014 - Pulau Langkawi

Bandung... 
Mak aii gedempolnye!!!

Melaka...

Guangzhou...

Mabul...

Langkawi... Di Langkawi tak banyak sgt ambik gambar 😭😭😭


Ok walaupun dah hilang 7kg! tak nampak pon!!!
Peringatan untuk diri sendiri... jangan nak perasan kurus lagi k...
STATUS: GEDEMPOL!! Tak surut-surut pon!!


Monday 15 July 2013

Puding Jagung Kastad Pilihan Cik Abang

BaAkhir-akhir ni cik abang saya suka google resepi dan akan bagi saya untuk di cuba.   Dua minggu sebelum puasa hari tu dia google resepi kek chiffon. Dia suruh saya buat tapi isteri dia yang malas ni buat kelas hands-on untuk dia kekonon nanti kalau saya tak ada atau sibuk, cik abang boleh buat kek chiffon dia sendiri. Hahha...

Ok hari ni balik dari tempat kerja, cik abang dah googlekan resepi puding jagung kastad. Dia memang feminat puding jagung pon... Kalau pergi pasar malam memang dia akan beli puding. Kali ni Tak tahu dia google dari mana sebab biasa la lelaki dan tak ada blog pon, so mana dia tahu nak bagi kredit pon kat blogger resepi yang dia ambik tu. 

Cik abang dah siap2 bacakan resepi.. Mula-mula saya malas nak layankan. Tapi kesian sebab tengok muka dia yang excited bacakan resepi yang dia pilih tu. Dia cakap dalam banyak-banyak resepi puding jagung kastad, dia pilih resepi ni sebab blogger tu cakap dia dah try banyak resepi puding jagung kastad tapi resepi nilah yang terbaik. Ok! Ok! Jom semak resepi....

Puding Jagung Kastad
 

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad 
1 tin krim jagung
3 cawan air
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu butter

Cara-cara:
1- Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali butter. Kacau rata dan letak periuk atas api sederhana. Sentiasa kacau sampai adunan jadi pekat, likat dan berkilat.

2- Bila dah berkilat, masukkan 1 sudu butter. Kacau sampai butter sebati. Tutup api dan masukkan adunan kastad dalam loyang atau acuan. Saya guna loyang. Sejukkan kemudian bila dah sejuk, masukkan loyang dalam peti ais.

Ok! Bole la try... Sedap...

Oh ye ni resepi untuk melayan selera cik abang.. Untuk siapa yang sedang berdietacam saya sila-sila lah jangan tiru! Huhuhuhu...

Sunday 14 July 2013

Baked Oreo Cheese Cake - Cara Saya

Hi all.. 

Hari ni masuk hari ke 5 kita berpuasa untuk Ramadhan tahun ini. Untuk Iftar saya petang nanti saya buat Baked Oreo Cheese Cake cara saya...

Resepi~~ 
Base
- Sepeket oreo
- 4 sudu besar butter
- 1/2 cawan quaker oat segera

Oreo di buang cream dan blend. Cairkan butter. Masukkan oreo yang sudah hancur (tinggalkan 2-3 sudu besar untuk hiasa kek) dan quaker oat segera ke dalam mangkuk yang berisi butter cair. Adun sebati kemudian tekan padat ke dalam loyang berukuran 6 inci diameter.
Masukkan ke dalam peti ais

Cake
- 250gm cream cheese
- 1/3 cawan gula castor
- 1/3 cawan yoguart asli
- 2 biji telur gred B
- 1 sudu besar essen vanilla


Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Pukul cream cheese dan gula sampai lembut. Tambahkan yoguart pukul sebati.  Masukkan telur dan pukul satu demi satu. Tambah esen vanilla dan kacau rata. 
Masukkan aduanan kek ke dalam loyang based tadi. Hiaskan atas kek dengan oreo hancur tadi. Bakar dalam oven dengan cara waterbath.


Sunday 7 July 2013

Yes! I have lost 5kg!!!

Hi all,
Ingat my previous entry? Saya nak mencari diri saya yang kurus. Saya buat atkins diet. Induction for 14 days then I've lost 5kg

Atkins ada 4 phase. Anda boleh google pasal atkins diet ni. Secara umumnya atkins diet adalah diet tinggi protein dan rendah carbohidrat. Untuk saya yg gemuk dan perlu kurangkan banyak kg ni saya hanya perlu fikir utk 1st phase je. Iaitu fasa induksi. Dalam tempoh induksi ini saya hanya membenarkan pengambilan 20g carbo dalam makanan seharian. 

Basically Sepanjang induksi saya hanya makan:-
1- ayam/ikan/daging/telur
2- sayuran hijau
3- air suam 1L untuk setiap 25kg berat badan 

Gambar sebelum ni 90kg

Gambar semasa =) 85kg

Nampak tak beza? Tak nampak sangat kan?? Ye lah saya baru hilang 1.81 BMI saya... Atau 5% berat badan saya!
Mungkin tak nampak sangat. Tapi bulan puasa ni saya nak buat sungguh-sungguh.

Kalau tengok my previous entry nampak tak berat saya just turun 1kg je..dr last month. Tp mmg byk beza in inchi lost. Jeans yang sendat da bole muat. Baju kebaya nyonya pon da bole pakai n kancing dengan cantik. Baju lama pon dah byk bole pakai. So saya tak nak runsing-runsing kalau berat saya statik janji ada perubahan. Dari segi kesihatan pulak. Rasa sangat badan dah ringan. Hormon stabil. Period makin regular.... Hmm hanji happy.

Ok wish me luck 

Thursday 6 June 2013

Perjalanan Mencari Saya Yang KURUS!

Ce tengok picca ni? Ya Allah sape perempuan gemuk ni??? isk isk
Saya la tew... huhuhuhu yang baju belang2 tu...


Okay... Azreen, sila tolong kurus! macam-macam dah penyakit hinggap... takde selera lagi ke nak kuruskan badan. Kaki pon dah sakit2.. Nak lari pon dah berat... Lagi tak nak diet kan? ok ni gambar 27-04-2013. 
27-05-2013 pon saya statik jugak.. So lets take picca nanti 27-06-2013! sebab saya dah start berdiet....

Yeay the journey of mencari saya yang kurus...

Hi dah start berdiet sekarang.
Alhamdulillah dah 4Kg kurang. Start dengan angka 90Kg.. Target nak dapat 60Kg.

Korang doakan saya tabah melaluinya okay!





Sebab nak kurus?
Nak suruh encik husband dokong! Hahha releven tak? memang orang gelak bila saya cakap macam tu. Tapi ni adalah SIRIUS! Saya memang serius kali ini. Tak nak kantoi lagi....

Untuk fasa pertama,Target saya sebelum puasa saya dah turun 10kg? Boleh ke? Dengan Atkins tak mustahil kot... kot2 macam tak yakin je kan... Apa diet Atkins? ok korang boleh baca blog ni. Atkins Diet - Cara paling berkesan untuk kurus dengan cepat dan percuma

So check menu semalam...
5-6-2013

Breakfast:

Burger Sendiri Bikin - 1 biji
Cheese Slice - 1/2 keping
Brocoli - 1 mangkuk

Lunch:

Burger Sendiri Bikin - 2 biji
Cheese Slice - 1 keping
Brocoli - 1 mangkuk
Tuna Salad Subway - 1 mangkuk

Dinner:
Sayur sawi - 1 mangkuk
Kerang bakar - 1/2 mangkuk

Air: 2.5L *** X CUKUP!!

Air kena paling kurang 4L ye kawang2... nope.. 1 L for every 25kg of your weight.. Tak pon tengok je kaler air kencing tu.. Selagi jernih maknanya kita dah cukup ambik air...