Monday 15 July 2013

Puding Jagung Kastad Pilihan Cik Abang

BaAkhir-akhir ni cik abang saya suka google resepi dan akan bagi saya untuk di cuba.   Dua minggu sebelum puasa hari tu dia google resepi kek chiffon. Dia suruh saya buat tapi isteri dia yang malas ni buat kelas hands-on untuk dia kekonon nanti kalau saya tak ada atau sibuk, cik abang boleh buat kek chiffon dia sendiri. Hahha...

Ok hari ni balik dari tempat kerja, cik abang dah googlekan resepi puding jagung kastad. Dia memang feminat puding jagung pon... Kalau pergi pasar malam memang dia akan beli puding. Kali ni Tak tahu dia google dari mana sebab biasa la lelaki dan tak ada blog pon, so mana dia tahu nak bagi kredit pon kat blogger resepi yang dia ambik tu. 

Cik abang dah siap2 bacakan resepi.. Mula-mula saya malas nak layankan. Tapi kesian sebab tengok muka dia yang excited bacakan resepi yang dia pilih tu. Dia cakap dalam banyak-banyak resepi puding jagung kastad, dia pilih resepi ni sebab blogger tu cakap dia dah try banyak resepi puding jagung kastad tapi resepi nilah yang terbaik. Ok! Ok! Jom semak resepi....

Puding Jagung Kastad
 

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad 
1 tin krim jagung
3 cawan air
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu butter

Cara-cara:
1- Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali butter. Kacau rata dan letak periuk atas api sederhana. Sentiasa kacau sampai adunan jadi pekat, likat dan berkilat.

2- Bila dah berkilat, masukkan 1 sudu butter. Kacau sampai butter sebati. Tutup api dan masukkan adunan kastad dalam loyang atau acuan. Saya guna loyang. Sejukkan kemudian bila dah sejuk, masukkan loyang dalam peti ais.

Ok! Bole la try... Sedap...

Oh ye ni resepi untuk melayan selera cik abang.. Untuk siapa yang sedang berdietacam saya sila-sila lah jangan tiru! Huhuhuhu...

No comments:

Post a Comment